Sunday, January 23, 2011

Meeting with Roslan Aziz

Date : 23/01/2011
Time : 5pm
Venue : Roslan's Villa

One of the fundraising project is to produce an album recorded by bands from various boarding schools (not only Ansara).

The afternoon, the working committee met with Roslan Aziz, who has agreed to produce the album pro bono. The participating bands will be recording at Tune Studios, Harbour City, Klang and are encouraged to rehearse there too.

The rules are simple -

1. You record your best song. Bands are given the freedom to record cover or original materials.

2. The band must be identified to a particular school.

3. There is no participating fee but each band will need to pay for studio time at a special rate, which will be donated to the charity.

4. Any sale proceed from the album will go to the charity and nothing will be paid to the band.

Raja Ali need to ask all Ansara exco to check with their respective chapter and revert to me on whether your chapter could put together a band to participate in recording of the album.

Raja Ali will be reaching out to other Sekolah Berasrama Penuh (SBP) for their band as well. RMC has committed to participate. I believe, if successful, this will be the first charity and music project that transcends across various SBPs which is without precedent.


L-R Roslan Aziz, Hashimudin, Raja Ali, Radzim (Vocalist Kuatagh) & Tapok

Thursday, January 20, 2011

Meeting with Chairman of RAYYAJ

Date ; 18/01/2011
Venue : Concorde Hotel
Time : 9pm
Attendees :
1. Ambotola (Chairman Rayyaj & Kuatagh)
2. Radzim ( Kuatagh)
3. Raja Ali (Kulim)
4) Mastura (Kuatagh)
5) Hashimuddin (Kuatagh)
6) Hasnan (Kulim)

Item discussed;
1. Need to get all the documentation ready for CIMB Foundation and other application.
2. Photo of the student and the current hostel condition
3. Decided on the soft launching date and venue;
Date ; 12/02/2011
Venue : TBC
Time : 4pm
4. To invite few former teachers of Kulim & Kuantagh for the event.
5. To invite X-Kulim, Kuatagh and Ansara Exco.

Ambo listening and get excited with a bundle of to do list.....


After the meeting.....


Next event....Radzim to meet up with Roslan Aziz to discuss about the charity album....

Monday, January 10, 2011

1st Meeting Ex-MRSM Kulim & Kuantan

Date: 5th January, 2011
Venue : Mutiara Damansara
Time : 900-1030pm
Attendees :
Kuatagh ; Radzim, Hashimuddin, Mastura, Nora Ghani
Kulim ; Raja Ali, Hasnan and Badrul Hisham (Korak)



Raja Ali explaining...


Korak & Radzim listening


Nora and Mastura concerntrating.....


Shimdin


Things to do:
1) To set up the jointly bank account.
2) To established the website for this project.
3) To communicate with the recording studio and discuss how to produce the charity album for this project.
4) To get photo of Bombalai from Hj Ambo.

Next, will meet up with Hj Ambo and get all the details about Bombalai.

Sunday, January 9, 2011

Asrama RAYYAJ

PENGENALAN
Rumah Anak Yatim Yayasan Jama’eah (RAYYAJ) ialah sebuah rumah kebajikan yang ditubuhkan dan dikelolakan oleh Yayasan Jama’eah dan dijangka akan dibuka dan dirasmikan pada awal tahun 2011. RAYYAJ pada prinsipnya berfungsi untuk menjadi asrama di samping bertujuan untuk membela anak-anak yatim dan miskin khususnya dari sudut penjagaan dalalm kehidupan harian dan pendidikan. Bagi maksud itu, RAYYAJ akan menempatkan seramai 40 orang anak-anak yatim dan fakir miskin serta mereka yang asnaf menerima zakat dari seluruh negeri SABAH.

JUSTIFIKASI
Anak merupakan anugerah Allah SWT yang paling bernilai. Anak merupakan warna dan penerus kesinambungan generasi akan datang. Kelahirannya akan ditatang dan dibelai sedemikian rupa oleh kedua ibu bapanya. Sungguhpun demikian, tatangan, belaian dan kasih sayang ini kadangkala terputus seawal waktu anak-anak itu membesar lantaran faktor kematian dan kemiskinan. Di saat itu, anak-anak ini amat memerlukan pembelaan, penjagaan dan kasih sayang bagi meneruskan kehidupan agar selari dan seiring dengan tuntutan dan hambatan semasa. Atas dasar inilah RAYYAJ tampil menjadi nadi dan platform untuk membela dan memberi kasih sayang yang diharapkan agar anak-anak ini turut merasai dan menikmati erti kehidupan dan kejayaan sebenar sebagaimana rakan-rakan mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa. Pemaknaan kepada kehidupan dan kejayaan yang sebenar yang digagas dan dipandu oleh RAYYAJ ini tidak hanya dibuat atas landasan keduniaan semata namun ianya seiring dan sejalan dengan tunjang agama sebagai asasnya.

VISI
Melindung, membimbing dan mendidik anak-anak RAYYAJ menjadi insan yang seimbang dan cemerlang dunia serta akhirat.

MISI
•Membimbing dan mendidik anak-anak yang bernaung dibawah RAYYAJ menjadi insan yang cemerlang dari sudut sahsiah dan akademik.
•Menjadi tempat perlindungan yang mempunyai fasiliti dan kemudahan yang lengkap dan selesa kepada anak-anak RAYYAJ.
•Menjadi contoh urus tadbir dan pengendalian rumah anak yatim yang cekap, berwibawa dan inovatif.

MATLAMAT
Matlamat utama yang ingin dicapai oleh RAYYAJ ialah :
•Mewujudkan peluang untuk anak-anak yang bernaung dibawah RAYYAJ memperoleh perlindungan dan pendidikan agama serta akademik yang sempurna dan terkini.
•Menggalakan pembinaan potensi diri yang cemerlang dikalangan anak-anak yang bernaung dibawah RAYYAJ.
•Melahirkan anak-anak yang bernaung dibawah RAYYAJ mempunyai sahsiah yang utuh selari dan seiring dengan asas-asas agama.
•Melahirkan anak-anak yang bernaung dibawah RAYYAJ mempunyai daya kepimpinan cemerlang sesuai dengan keperluan persekitaran.
•Menggalakan budaya kreativiti dan inovasi dikalangan anak-anak yang bernaung dibawah RAYYAJ
•Menyediakan pusat perlindungan dalam kehidupan seharian yang lengkap dan selesa.

OBJEKTIF
Antara objektif penubuhan RAYYAJ ialah :
•Memberi perlindungan, bimbingan dan pendidikan kepada anak-anak yatim
•Melahirkan generasi anak-anak yatim yang seimbang antara tuntutan rohani dan jasmani disamping memiliki pengetahuan agama dan sains yang cemerlang dan terbilang.

SLOGAN
Slogan RAYYAJ ialah:
“PRIHATIN, DEDIKASI, BERWAWASAN”
Maksud slogan:

PRIHATIN
•RAYYAJ sentiasa mengambil berat dan prihatin dalam berbakti kepada mereka yang memerlukan dan tidak berkemampuan demi kelangsungan umat di era yang semakin mencabar dan pantas.

DEDIKASI
•Sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang kepada anak-anak yatim, RAYYAJ akan sentiasa berusaha dengan sepenuh tenaga dan masa dengan kesungguhan dan ketekunan agar objektif RAYYAJ tercapai.

BERWAWASAN
•RAYYAJ sentiasa berpandangan jauh tentang kemajuan dan perkembangan masa depan golongan anak-anak yatim bagi mencapai matlamat penting dalam membentuk generasi seimbang yang berteraskan ajaran islam.

STRUKTUR ORGANISASI
Penasihat:
1. YBhg. Datuk Osman Jamal
2. Hj. Jamal Ibrahim
3. Hajjah Hatiah Pemutu

Pengerusi:
1. Ambotola Pelu

Lembaga Pengarah:
1. Mohamad Tolling
2. Samasuddin Yusof
3. Bakri Jamal
4. Dr Abdullah Bade


FASILITI
Fasiliti yang lengkap dan baik akan disediakan bagi menjamin keselesaan tenaga pengajar, pengurusan dan khususnya anak-anak yatim. Kesemua fasiliti ini adalah hasil dari sumbangan kerajaan, NGO dan badan-badan berkanun serta ahli masyarakat setempat. Antara fasiliti yang akan disediakan ialah:
•Sekolah dan Pusat Pentadbiran
•Bangunan asrama anak yatim dua blok (satu untuk lelaki dan satu untuk perempaun)
•Surau
•Sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat makan & belajar
•Rumah kakitangan
•Tapak permainan

SUMBER KEWANGAN
RAYYAJ tidak akan terlalu bergantung kepada sumber kewangan dari luar, maka dengan itu untuk menjana sumber kewangannya, RAYYAJ akan menguruskan projek-projek yang berpotensi besar membawa keuntungan dan akan disalurkan kepada terus kepada pengurusan dan pentadbiran RAYYAJ itu sendiri. Antara projek yang akan dilakukan ialah:
•Peliharaan ikan Talapia dan ikanair tawar
•Penanaman kelapa sawit
•Penternakan kambing dan lembu

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
•Pusat jagaan
RAYYAJ bertanggungjawab dalam menyediakan tempat perlindungan atau penginapan untuk anak-anak yatim. Segala kemudahan asas akan disediakan bagi memberi keselesaan agar mereka dapat melakukan segala aktiviti dengan sempurna. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dilakukan seperti bersukan, Sesi ziarah ke rumah ibu/bapa penjaga kanak-kanak, Khidmat masyarakat seperti gotong royong, majlis bacaan yassin dan tahlil, lawatan ke tempat-tempat menarik/bersejarah,informatif, menghadiri jemputan ke majlis-majlis amal dan sebagainya bagi membentuk insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman.
•Kelas Agama dan Tahfiz
•Kelas Agama dan Fardhu Ain
•Kelas Tahfiz dan Taranum

Bagi maksud pelaksanaan aktiviti di atas, sebuah surau dan kelas-kelas bimbingan akan dibina untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran anak-anak yang bernaung di bawah RAYYAJ. Kelas Agama dan Fardhu Ain akan dikendalikan oleh guru-guru bertauliah manakala kelas Tahfiz dan Taranum akan dikawal selia oleh guru-guru hafiz dan hafizah.

•Kelas Bimbingan Akademik
Bagi maksud pelaksanaan aktiviti ini, beberapa kelas bimbingan akademik akan diwujudkan bagi memudahkan anak-anak yang bernaung di bawah RAYYA belajar dan mengulang kaji pelajaran akademik yang dihadiri mereka. Selain itu, kelas-kelas tutorial juga akan diwujudkan bagi membantu dan membimbing anak-anak yang bernaung dibawah RAYYAJ menghadapi peperiksaan utama. Guru dan tutor yang bertauliah akan disediakan bagi membimbing dan memberikan tutorial yang diperlukan.
•Kelas Kemahiran Teknikal
Kelas kemahiran teknikal akan diajar kepada pelajar-pelajar agar mereka bukan sahaja mempunyai pengetahuan agama dan akademik yang baik malahan turut mempunyai kemahiran teknikal yang diperlukan sebagai nilai tambah kepada anak-anak yang bernaung di bawah RAYYAJ.
•Kaunseling, Psikologi dan Pemulihan
Dalam menangani anak-anak yatim yang bermasalah dari segi tekanan perasaan, akhlak dan sahsiah, RAYYAJ akan menyediakan Pusat Kaunseling, Psikologi dan Pemulihan (PKPP). Kemudahan ini disediakan sebagai kemudahan sokongan agar anak-anak yang bernaung di bawah RAYYAJ dapat meneruskan hidup dengan tenang dan harmoni.

•Kurikulum Harian
Bagi memastikan kesinambungan pendidikan dan pengajaran anak-anak yang bernaung di bawah RAYYAJ seiring dengan tuntutan semasa, kurikulum harian, mingguan dan bulanan telah disusun memenuhi misi dan misi RAYYAJ itu sendiri. Berikut adalah program pendidikan dan kurikulum mengikut harian, mingguan dan bulanan

Harian (Isnin – Jumaat):
Sesi Aktiviti
Pagi Akademik/Persekolahan
1.00 pm Makan dan Solat
2.00 pm Tidur
3.30 pm Solat
4.00 pm Riadah
5.30 pm Hemat Diri
6.00 pm Solat
7.00 pm Makan
7.45 pm Solat
8.15 pm Ulangkaji pelajaran
10.30 pm Tidur
4.30 am Solat
5.45 am Sarapan

Harian (Sabtu):
Sesi Aktiviti
4.30 am Solat
5.45 am Sarapan
6.30 am Tahfiz / Taranum
8.30 am Solat Dhuha
9.00 am Minum pagi
9.30 am Tahfiz / Taranum
11.00 am Hemat diri dan kebersihan
12.30 pm Solat
1.00 pm Makan
2.00 pm Kelas Kemahiran
4.00 pm Solat
4.30 pm Minum petang
4.50 pm Riadah
5.50 pm Hemat Diri
6.00 pm Solat
8.00 pm Makan
8.30 pm Aktiviti Bebas
10.30 Tidur

Harian (Ahad):
Sesi Aktiviti
3.30 am Qiamulail
5.00 am Solat Subuh
5.45 am Sarapan
6.30 am Tahfiz / Taranum
8.30 am Solat Dhuha
9.00 am Minum pagi
9.30 am Tahfiz / Taranum
11.00 am Hemat diri dan kebersihan
12.30 pm Solat
1.00 pm Makan
1.30 pm Aktiviti Bebas
4.30 pm Gotong Royong
5.50 pm Hemat Diri
6.00 pm Solat
8.00 pm Makan
8.30 pm Aktiviti Bebas
10.30 pm Tidur


Bulanan
Program bulanan adalah program yang diatur bagi tujuan untuk memperkasa dan mendidik akal-budi anak-anak yang bernaung di bawah RAYYAJ. Program-program ini adalah Lawatan Sambil Belajar, Gotong Royong, Program keilmuan (Seminar Pemikiran Islam), Kursus Kecemerlangan Akademik dan Kepimpinan, Program Motivasi, Program Anak Angkat, Rehlah dan program-program yang bersifat mendidik akal-budi yang difikirkan sesuai untuk anak-anak yang bernaung di bawah RAYYAJ.

Penutup
Dengan kertas kerja ini, adalah diharapkan penubuhan Rumah Anak Yatim Yayasan Jama’eah (RAYYAJ) yang dijangka perasmiannya pada Januari 2012 dapat direalisasikan dengan jayanya.